Note: As our world comes together to slow the spread of COVID-19 pandemic, the Zoom Support Center has continued to operate 24x7 globally to support you. Please see the updated Support Guidelines during these unprecedented times.



Malaysia DST Follow

 

Frequently Asked Questions – Digital Service Tax

What is DST?

Service Tax on Digital Services or Digital Service Tax (“DST”) is a consumption tax charged and levied at the rate of 6% on the provision of digital services by a foreign registered person ("FRP") to any consumers (i.e. B2B and B2C) in Malaysia.

Under the Malaysian Service tax legislation, foreign service providers (“FSP'') providing digital services to Malaysian consumers in excess of the prescribed annual threshold (i.e.RM500k) are liable to be registered and charge 6% on the provision of digital services.

What are Digital services?

  • Services that are delivered or subscribed over the internet or other electronic network;
  • Cannot be obtained without the use of information technology; and
  • Delivery of the service is essentially automated.

Who is a “Consumer”?

A person will be a consumer where at least two of the following are in Malaysia:

  • Place of residence
  • Credit or debit facility used to make the payment
  • IP address or mobile phone country code

Note: Consumer refers to both individuals and businesses

Who must pay DST?

DST is payable by the FRP who is selling digital services to its consumers (i.e. B2B and B2C) in Malaysia. The DST is invoiced by the FRP and collected from the consumers and subsequently, the FRP remits the collected DST to the government.

Under the Malaysian Service tax, foreign service providers (“FSP”) providing digital services to Malaysian consumers (B2B and B2C) in excess of a prescribed annual threshold are liable to be registered and charge 6% on the provision of digital services.

Where does DST apply?

DST applies to digital services provided by a foreign registered person.

Note: Generally, service tax applies to all prescribed taxable services made by the suppliers, which includes provision of digital services.

How is Zoom determining which customers DST applies to?

Primarily Zoom will apply DST if the location of “Sold To” contact address entered by the customer is in Malaysia.

In addition, Zoom will determine the customers location if:

  • Credit or debit facility used to make the payment is in Malaysia; or
  • IP address or mobile phone country code

Why did I get a notification email if I am not located in Malaysia?

In order to ensure complete and thorough notification to any of our customers who may be impacted, we sent the notification communication to all customers who had a “Bill To” OR “Sold To” address in Malaysia.

 

Is there a minimum threshold purchase amount before DST is applied?

No. DST applies to the sale of all Zoom’s services in Malaysia. 

What exemptions are available and how does a customer notify Zoom?

Any exemptions applicable under the Malaysian Service Tax Legislation will require Zoom to charge 6% DST on the provision of digital services before the exemption (if any) can apply.

As such, it will be the customer's responsibility to ensure that it meets the conditions prescribed under the Malaysian Service Tax legislation before claiming and / applying the relevant exemptions.

Are there any special exemptions applicable for government entities and charities under which DST may not be charged?

No. DST applies to the sale of all Zoom’s services in Malaysia.

Are there any DST obligations for me as a customer?

  • If you are a B2C customer - No.
  • If you are a B2B customer applying for exemption(s) and / relief, you are required to ensure that you meet the conditions prescribed under the Malaysian Service Tax legislation before making any claim and / applying the relevant exemption applicable to your business.

Pengenalan

Bermula 17 Ogos 2020, Zoom akan mula mengenakan bayaran Cukai Perkhidmatan ke atas bekalan perkhidmatan digital (“DST”) kepada pengguna di Malaysia.

Soalan Lazim - Cukai Perkhidmatan Digital

Apa itu DST?

Cukai Perkhidmatan ke atas Perkhidmatan Digital atau Cukai Perkhidmatan Digital ("DST") adalah suatu cukai yang dikenakan pada kadar 6% ke atas penyediaan perkhidmatan digital oleh orang berdaftar asing (“FRP”) kepada mana-mana pengguna (iaitu B2B dan B2C) di Malaysia.

Di bawah undang-undang Cukai Perkhidmatan Malaysia, orang asing (“FSP”) yang menyediakan perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia melebihi nilai ambang yang ditetapkan (iaitu RM500,000) perlu berdaftar dan dikehendaki mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan digital yang dibekalkan kepada pelanggan di Malaysia.

Apakah Perkhidmatan Digital?

  • Perkhidmatan yang dihantar atau dilanggan melalui internet atau rangkaian elektronik lain;
  • Tidak dapat diperoleh tanpa menggunakan teknologi maklumat; dan
  • Penghantaran perkhidmatan itu pada asasnya automatik.

Siapakah “Pengguna”?

Mana-mana orang yang memenuhi sekurang-kurangnya dua dari perkara berikut:

  • Bermastautin di Malaysia;
  • Membuat pembayaran dengan menggunakan kemudahan kredit atau debit yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan atau syarikat di Malaysia; atau
  • Memperoleh perkhidmatan digital dengan menggunakan alamat protokol internet (“IP”) yang berdaftar di Malaysia atau kod negara antarabangsa telefon mudah alih yang ditetapkan bagi Malaysia.

Nota: “Pengguna” merangkumi individu dan perniagaan.

Siapakah yang akan dikenakan DST?

Cukai perkhidmatan atau DST akan dibayar oleh FRP yang membekalkan perkhidmatan digital kepada pengguna (iaitu B2B dan B2C) di Malaysia. FRP akan mengeluarkan invois dengan levi cukai perkhidmatan dan pengutipan cukai perkhidmatan dari pelanggan akan diremitkan kepada kerajaan.

Di bawah undang-undang Cukai Perkhidmatan Malaysia, orang asing (“FSP”) yang membekalkan perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia melebihi nilai ambang yang ditetapkan (iaitu RM500,000) perlu berdaftar dan dikehendaki mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% ke atas perkhidmatan digital yang dibekalkan kepada pelanggan di Malaysia.

Bilakah DST akan dikenakan?

DST akan dikenakan untuk perkhidmatan digital yang dibekalkan oleh orang berdaftar asing (“FRP”).

Nota: Secara amnya, Cukai Perkhidmatan akan dikenakan ke atas semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh pembekal, termasuk penyediaan perkhidmatan digital.

Bagaimana Zoom menentukan pelanggan yang akan dikenakan DST?

Terutamanya, Zoom akan mengenakan DST kepada pelanggan jika lokasi alamat hubungan "Dijual Ke" yang dimasukkan oleh pelanggan berada di Malaysia.

Selain itu, Zoom akan menentukan lokasi pelanggan sekiranya:

  • Kemudahan kredit atau debit yang digunakan untuk membuat pembayaran adalah di Malaysia; atau
  • Alamat IP yang berdaftar di Malaysia atau kod negara antarabangsa telefon mudah alih yang ditetapkan bagi Malaysia.

Mengapakah saya mendapat e-mel pemberitahuan sedangkan saya tidak berada di Malaysia?

Untuk memastikan pemberitahuan lengkap dan menyeluruh kepada setiap pelanggan kami yang mungkin terlibat, pemberitahuan secara e-mel akan dihantar kepada semua pelanggan yang memiliki alamat "Dibilkan Ke" ATAU "Dijual Ke" di Malaysia.

 

Adakah terdapat jumlah minimum pembelian sebelum DST dikenakan?

Tidak. DST akan dikenakan ke atas semua perkhidmatan digital yang dibekalkan oleh  Zoom di Malaysia.

Apakah pengecualian yang boleh digunakan dan bagaimana cara pelanggan untuk memberitahu Zoom?

Sebarang pengecualian di bawah Akta Cukai Perkhidmatan Malaysia akan memerlukan Zoom untuk mengenakan kadar 6% DST terhadap penyediaan perkhidmatan digital terlebih dahulu sebelum pengecualian (jika berkaitan) boleh dituntut.

Oleh itu, adalah tanggungjawab pelanggan untuk memastikan bahawa ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan Malaysia sebelum menuntut pengecualian yang berkaitan.

Adakah terdapat pengecualian khas bagi badan kerajaan dan institut kebajikan di mana DST tidak akan dikenakan?

Tidak. DST akan dikenakan ke atas semua perkhidmatan digital yang dibekalkan oleh Zoom di Malaysia, termasuk badan kerajaan dan institusi kebajikan.

Adakah terdapat tanggungjawab DST untuk saya sebagai pelanggan?

  • Sekiranya anda pelanggan B2C - Tiada tanggungjawab berkaitan DST.
  • Sekiranya anda adalah pelanggan B2B yang ingin memohon pengecualian atau pelepasan, anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan Malaysia sebelum membuat tuntutan atau mengguna pakai pengecualian yang berkenaan dengan perniagaan anda.